Saturday, April 10, 2010

Bila waktu perlu slo dan perlu laju?

Selalu kite lihat,papan tande hadlaju,papan tande simpang abes sume kene rempuh..aku pon tak tau,dah takde bnde laen ke nk rempuh agknye?hee..

Hadlaju adalah satu bentuk peraturan jalanraya yang menetapkan kelajuan maksimum atau kelajuan minimum yang selamat bagi pemanduan di jalan raya atau lebuhraya awam yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagai langkah mencegah kemalangan jalan raya.

Mcm waktu maghrib td,penduduk area RNmotorsport telah dikejutkan dengan bunyi menggemparkan.Kemalangan yang tak berapa nk ngeri tapi mengakibatkan kecederaan yang agak serius oleh pemandu kenderaan terbabit telah berlaku.Betul-betul lah depan simpang masuk RNmotorsport punya workshop.Kes nya?Pemandu Perdana tu memandu laju di kawasan perumahan.

Itu lah akibatnya,bila semua tempat pemandu nak memandu laju,tak ikut arahan papan tanda had kelajuan.Cuba korang senaraikan,kat Malaysia,jalan mana yang tak mempunyai papan tanda hadlaju atau bebas hadlaju?BTAR-Bahau?Pekan-Nenasi?Rompin-Muadzam?Aku rase,kat litar Sepang ngn litar-litar seumpamanya sahaja yang memang bebas hadlaju.Tapi,boleh ke guna litar tu untuk balik kampung atau rushing nak pegi ambik awek korang yang lapar perut mintak belanja makan?

walaubagaimanapun,tidak semua hadlaju tu kita kena ikut.Secara logiknya,kita sendiri perlu fikir,adakah 110km/j itu selamat ketika jalan raya licin?berkabus?

Selain memandu laju yang mengundang kemalangan jalan raya,memandu secara perlahan juga agak berbahaya di tempat-tempat tertentu.Sesetengah jalanraya dalam dunia ni mempunyai kadar hadlaju minimum.Maknanya,kalau kita memandu di bwah hadlaju tersebut,kita mungkin akan disaman atau diambil tindakan undang-undang seperti didakwa memandu dalam kelajuan berbahaya. Kalau di Malaysia,perkara macam ini boleh kita lihat di lebuhraya-lebuhraya yang mana segelintir pemandu yang agak bajet cool konon tak hot memandu di lorong paling kanan dengan kelajuan angin 60km/j.Sangat slo la bro kalau nk menempek kat situ.Tindakan pemandu seperti itu amat mengganggu lalulintas dan membuatkan hati pemandu lain lebih panas daripada biasa.

Senang cerita,hadlaju yang ditetapkan membantu pemandu memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati.BUkan setakat merenung papan tanda hadlaju tu tanpa kesedaran sivik.KAlau nak laju-laju pun,anda semua nak pegi mana sebenanya?Kalau nak ke rahmatullah,boleh la pandu laju-laju lagi.Selamat beramal.


HADLAJU UTAMA

Lebuh raya
110km/j
80/90 di kawasan bukit,angin lintang,kadar trafik sibuk etc

Jalan persekutuan
90km/j dan 60km/j kawasan bandar

Jalan negeri
90km/j dan 60km/j kawasan bandar


HADLAJU KENDERAAN BERAT

Lebuhraya
80 hingga 90km/j

Jalan persekutuan & Jalan negeri
70 hingga 80km/j


HADLAJU LAIN

Kawasan sekolah dan waktu puncak
35km/j









::BERTEMU KEMBALI::

Agak lame meri terlupa nk update belog ni.. Maapkan dan ampunkan meri.. ahhaha.. kompem pasni aku tak kan dpt lagi latte free.. cess..

oke,meri akan update ag ni.. sile beri perhatian.. cuma,entri2 seterusnya akan lebeh kepada penulisan sahaje,bukan ag kepada aktiviti rnmotosepot.. sebab bos tak bagi arahan pape,pic pon takde,heeee..

Betambah senang la kerje meri..wahahha

Ampun maap skalli lagi,sebab meri berhadapan dengan pelbagai situasi yang tidak mengizinkan untuk meri menulis kt cni..

..............